Thursday, April 8, 2010

Khataman Akbar Perguruan Seni Beladiri Silat Tiga Serangkai 4 April 2010

Ketua Panitia Khataman Akbar 2010 Perguruan Seni Beladiri Silat "Tiga Serangkai"Sdr. Syopian / Beno tampak membuka sambutan Khataman Akbar 2010Mc. Sdr Kodir tampak bersemangat dan penuh khitmad membuka acaraKhataman Akbar 2010Pembacaan Ayat Suci Alqur'an Pemberian Santunan kepadapara mustahiq Peragaan dibuka oleh para pelatihCabang Jakartayang dipimpin oleh Sdr. Ahmad CahyaPengenalan Jurus IPSI

Monday, April 5, 2010

Seni Beladiri Kedua

Banyak sangat selingan... hingga tertunda nak menulis tentang seni beladiri seterusnya yang aku pelajari selepas Seni Silat Gayung Pancasila.

Seni beladiri kedua yang aku pelajari adalah tinju siam. Tinju siam? Rasanya ramai akan kenal kalau disebut muay thai, tomoi atau kick boxing....tapi tinju siam? Jangan tanya padaku kerana aku sendiri tak pasti dan tak pernah bertanya kepada guru yg mengajarku asal usul seni yg aku pelajari ini. Cuma mengikut teori aku mungkin ianya adalah versi muay thai yang lebih ringkas...agaknya laaa..


Kisah bermula sewaktu cuti sekolah sekitar 20 tahun yg lalu...aku dan seorang kawanku dipelawa oleh seorang kawan baik ayahku yg cuma kupanggil Pak Su untuk mempelajarinya. Pak Su tiada gelanggang, pelawaannya kepadaku adalah atas dasar aku adalah anak kawan baik beliau. Bila malam kami berbasikal melalui jambatan dan tebing sungai yang boleh tahan gelapnya untuk ke rumah Pak Su yg terletak berhampiran sawah padi yg agak luas serta dikelilingi pokok kelapa. Kami berlatih hanya diterangi cahaya samar-samar dari lampu dalam rumah Pak Su....dan kalau bernasib baik, bulan penuh akan melimpahkan cahayanya menemani latihan kami.

Seni ini, seperti juga tomoi...menekankan penggunaan penumbuk dan sepak hadapan dan sepak layang sebagai teknik utama. Satu teknik yg tak pernah aku lihat dalam tomoi adalah cara melepaskan diri apabila kaki kita ditangkap sewaktu melakukan sepak layang. Walaupun secara keseluruhan tekniknya tidaklah sebanyak teknik dalam tomoi, tetapi teknik melepaskan diri tersebut bagiku agak istimewa.

Habis latihan kami akan dihidangkan air teh O panas dgn kuih atau biskut sambil berborak dengan Pak Su... beliau memang seorang yg baik hati dan tak kedekut dgn ilmu yg beliau ada. Dalam dok borak-borak tu ada juga beliau berseloroh, katanya kepada kami... “balik nanti hati-hati lalu atas jambatan tu...kot-kot ada perempuan rambut panjang dok kat jambatan tu jangan pulak korang tegur.” Anak daranya plak marah kat Pak Su... “Ayah ni buat menakutkan diaorg je nak balik,” ada jugak orang yang sayangkan kitaorang, anak dara lak tu...hehee...

Kami menuntut tinju siam ini hanya selama 4 malam... tapi kami sempat diperlimau penamat oleh Pak Su. Ada juga diajarkan ilmu bisa tangan dan diijazahkan, tapi entah kenapa aku tidak beramal dengan ilmu itu....sekarang ni dah langsung tak ingat tentang amalan tersebut.

Tulisanku yang akan datang adalah mengenai seni beladiri ketiga yang aku pelajari...iaitu....

Thursday, April 1, 2010

UNDANGAN KHATAMAN AKBAR SBDS TIGA SERANGKAI JABODETABEK

Assalamualaikum Wr. WbSehubungan dengan diadakannya Khataman Akbar 2010 Se-Jabodetabek di Lapangan Bola Al Ikhsan Jati Rahayu, Pondok Melati RT.005 RW.015 Pondok Gede Bekasi. Berikut susunan acaranya:Minggu, 04 April 2010Pkl. 07.30 - 07.45 Pembukaan 07.50 - 08.10 Pembacaan Ayat Suci Alqur'an 08.15 - 08.25 Sambutan Ketua Panitia Khataman 2010 08.30 - 08.45 Penyerahan