Aku dan Seni Beladiri 2

Thursday, January 7, 2010

Aku dan Seni Beladiri 2

Di sekolah menengah kat kampung, ada satu silat yang diajar sendiri oleh Guru Penolong Kanan sekolah... beliau cuma namakan silat tu sebagai Silat Melayu. Ntah kenapa masa tu aku tak ‘termasuk’ silat tu akupun tak tau, mungkin takde kawan yang ajak join atau takde kawan yang aku boleh ajak join sekali.

Pertukaranku ke sekolah lain untuk ke tingkatan 4 telah menemukan aku dengan silat aliran Gayung Pancasila....dan di sekolah itulah untuk pertama kalinya aku bergelanggang silat. Cikgu-cikgu yang mengajarku semua baik-baik belaka. Disebabkan minatku pada silat, jarang aku miss latihan. Aku tak tahu banyak mana sebenarnya silibus Gayung Pancasila ni, yang aku tau cuma belajar, nak tanyapun sebab dah sememangnya tak tau dan tak reti nak tanya. Yang aku ingat cuma aku ada belajar langkah sembah buka gelanggang, tutup gelanggang, satu jurus tangan kosong, jurus pisau, jurus tongkat, 40 buah hidup atau buah pentas dan 40 buah mati.

Sepanjang latihan, sempat jugak la merasa tendangan sisi dari cikgu sampai hilang nafas sekejap, nasib baik cikgu cepat tolong, kalau tak dah naik ambulans berehat kat spital. Aku menghabiskan sesi persekolahan disitu dengan bawak balik parut kat atas pipi sebelah dengan mata akibat main buah pentas dengan partner....lama jugak parut tu menetap kat situ tapi nasib baik pastu ilang, kalau tak ilang hensem diriku yang dah memang separuh hensem nih.

Sekarang? Selepas hampir 20 tahun berlalu, ingat la sikit-sikit jurus dan buahnya. Mana ada partner nak berlatih. Tetapi pengalaman yang aku perolehi amat berharga, kerana itulah titik tolaknya aku mula meneroka dunia beladiri yang teramat luas ini.

0 comments:

Post a Comment