Pak Jo dan Kesederhanaannya

Tuesday, March 16, 2010

Pak Jo dan Kesederhanaannya

Beberapa malam yang lepas...aku menemani dua orang sahabat untuk minum-minum. Aku je la yang minum, kawan tu lak melantak kuey teaw tomyam...nyam nyam... Bukan pasal kuey teaw tomyam yang aku nak citer... tapi turut minum di kedai makan itu bersama seorang lagi sahabat adalah salah seorang guru silat Kalimah iaitu Pak Jo. Bukan senang nak berpeluang duduk semeja dengan guru silat yang disegani ni.


Sambil minum sempat la sembang-sembang dengan Pak Jo. Soalan pertama aku... “Pak Jo sihat?” Kata Pak Jo dia sekarang berusia 68 tahun...jadi sihat cara orang umur 68 tahunlah. Dia sekarang masih mengajar silat semata-mata sebagai amanah dan tanggungjawab untuk mewariskan ilmu yang ada padanya kepada generasi pelapis. Tutur kata Pak Jo cukup sederhana, tenang, teratur, mudah difahami dan jelas terpancar keikhlasannya bila berkata-kata...

Sebelum ini aku selalu mendengar tentang kelebihan Pak Jo dari beberapa orang sahabat... Aku juga pernah diberitahu kaedah pengajarannya juga adalah fleksibel dan terbuka. Dalam ramai guru atau jurulatih beladiri yang nak penuntut2 hanya belajar seni beladiri aliran masing2 sahaja (sebab merasakan perguruan mereka adalah the best dan unbeatable...), Pak Jo pula lebih terbuka dan menggalakkan penuntut-penuntutnya meluaskan pengetahuan dan belajar apa juga ilmu beladiri yang ada... patut la mereka suka menuntut dari Pak Jo.

Aku beritahu Pak Jo yang aku pernah sekali berkunjung ke gelanggang di rumahnya berhampiran Greenwood sedikit masa dulu... nampak seperti Pak Jo cuba mengingatkan balik tentang kunjungan itu...tapi ternyata tak dapat. Bagiku biasa la kalau Pak Jo tak ingat.... dah la aku pegi gelanggang dia baru sekali, dah agak lama pulak tu...dah tu mesti dah ntah berapa ribu orang yang melawat gelanggang Pak Jo, lagipun aku ni bukannya sapa-sapa, bukan guru silat, bukan juara dunia...juara kampung pun bukan... so aku sikitpun tak kecik ati dan tak kisah. Tapi yang menyentuh hati aku bila Pak Jo pulak yang kisah, di penghujung pertemuan sebelum dia beredar... dia minta maaf pada aku kerana tak dapat ingat yang aku pernah minum kopi kat gelanggang dirumahnya dulu... aku lak yang terkedu....

Sesungguhnya sifat seorang guru silat yang merendah diri dan cukup sederhana ada pada Pak Jo. Semoga Pak Jo terus dikurniakan kesihatan untuk terus mencurahkan segala ilmu yang ada padanya kepada anak cucu.... Amin.

0 comments:

Post a Comment