Akibat kesibukan kerja, lebih kurang setahun aku pencen dari latihan lian padukan sehinggalah aku mendapat khabar yang mengejutkan...iaitu telah berlaku krisis di peringkat jurulatih tertinggi lian padukan. Mmm...pecah lagi...dah la silat cekak dulu berpecah, inipun berpecah jugak? Jadi, sebagai seorang yang ada pengalaman berada dalam persatuan silat yang berpecah, aku cuba untuk mendapatkan maklumat dari kedua-dua belah pihak yang berkrisis.
Sedaya upaya aku cuba untuk bersikap neutral dan menjaga hubungan dengan kedua belah pihak, tetapi nampaknya tak semua orang boleh menerima orang lain yang tak sependapat dan sependirian dengannya, jadi... mahu atau tidak, aku terpaksa memilih dan membuat pendirian... dan setelah mengambil kira semua faktor, aku memilih untuk menyambung latihanku di bawah bekas ketua jurulatih lian padukan KL/Selangor...sekaligus menjadikan aku bukan lagi bernaung di bawah nama lian padukan.
Memilih satu pihak, bukan bermakna aku bermusuh dengan orang-orang dari pihak yang satu lagi. Sehingga sekarang aku masih lagi ramai kawan dari sebelah 'sana'. Pendirianku mudah, aku akan berkawan dengan mereka yang berfikiran terbuka dan masih ingin berkawan denganku dan begitulah juga sebaliknya. Lagikan berbeza agama manusia boleh berkawan, apalah sangat kalau hanya berbeza guru silat. Rugi rasanya kalau kehilangan kawan dan terputusnya silaturrahim disebabkan perpecahan dalam silat. 'Persatuan' sepatutnya menyatukan, bukan memecah-belahkan. Untuk sahabat-sahabat dari sebelah 'sana' yang masih berhubung dan bersilaturrahim denganku, aku ucapkan terima kasih dan menghargai persahabatan kalian. Semoga persahabatan ini akan terus berkekalan. Amin.
Thursday, March 15, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment